Sabtu, 19 Februari 2011

Mutiara Hati4

Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan
orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat –DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Tak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-
kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Mutiara Hati3

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal
karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan
selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Mutiara Hati2

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
benda -benda yang kotor

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH
s.w.t akan abadi"

Wanita itu sendiri adalah rahasia
 

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar
ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah. 


Mutiara Hati1

* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. 

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA. 

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan. 

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.